10 SEBAB KEGAGALAN ORANG BISNIS MLM

Pagi ini sebelum saya bersiap ke Melaka untuk menghadiri Training Vemma di Telok Mas sempat saya menulis satu topik yang agak panas sedikit. Ini adalah kerana mahu naikkan semangat saya sebelum menjadi trainer di Melaka tgh hari ini.

Ketika sedang saya melayar internet, saya terjumpa satu rumusan fakta bahawa:

  • Negara Malaysia menduduki tempat ke-10 dunia dalam jualan perniagaan MLM.
  • Negara Malaysia menduduki tempat ke-2 dunia dalam ratio ahli MLM dengan rakyat Malaysia.
  • Namun, lebih 90% pengedar MLM di Malaysia menemui jalan kegagalan. KENAPA?

Baiklah, saya agak terkejut sedikit bahawa lebih 90% ahli MLM gagal. Namun, berpegang pada prinsip “Berjaya ada Caranya dan Gagal ada Sebabnya” segalanya tidakku hairankan lagi kenapa. Telah terbukti, rakyat malaysia antara rakyat yang ‘mahukan bisnes’ dan juga ‘dahagakan bisnes’ tetapi sering kali mencipta alasan, berfikiran negatif, tiada semnagat, salahkan orang lain, malas nak bermula, takut, atau senang cakap ‘nak duit, tapi tak nak usaha’. Kalau dah usaha pun tidak berjaya, salahkan orang lain pulak. Kan usaha itu anda sendiri yang buat, sendiri buat sendiri tanggung la. hehe..

Memang dengan MLM, saya impikan kebebasan wang, dan kebebasan masa! Ini punca utama saya sertai MLM.

Negara Malaysia menduduki tempat ke-10 dunia dalam jualan perniagaan MLM.

Ini adalah fakta, memang saya dah memerhatikan dari dulu lagi, syarikat MLM tumbuh di Malaysia bagaikan cendawan. Kalau kita cek di senarai DSAM (direct selling association malaysia), ada lebih 300 company. Dan jika kita cek di Kementerian Perdagangan (KPDN HEP) pula, terdapat beribu sijil AJL yang telah diluluskan. Ini yang berdaftar, yang tak berdaftar pula ada banyak lagi.

Jadi, apa yang tertariknya saya, kita sebagai rakyat malaysia dah terbukti, peluang sentiasa terhidang depan mata, market sangat bagus untuk MLM di malaysia. Tetapi masalahnya, ramai yang tertipu dengan MLM. Tertipu? YA, istilah inilah yang saya gunakan ketika saya ceburi MLM pertama saya iaitu EmpireXXX. Kemudian, tak cukup dengan itu, saya masuk pulak syarikat XXXXprepaid. Saya pun rasa agak tertipu. Orang melayu macam saya ni tidak pernah serik, asal nampak MLM je, semua nak buat! Sampai kawan-kawan pun dah tak nak pandang dah. Boleh katakan setiap MLM yg sy sertai saya dapat hasilnya. Dan sekarang, baru saya sedar, kita tak boleh cakap “tertipu” lagi. Kerana salah sendiri tak faham MLM itu perniagaan apa.

Sebab saya dah set dalam minda saya “alang-alang aku buat, keluar modal, aku pastikan dapat modal aku semula dan hasilnya yg lumayan”.

Pembaca yang budiman sekalian, semua prospek atau kawan-kawan saya dah tau ‘jangan dekat nasoha’ nanti kene sponsor masuk MLM lagi..Namun, saya masih percaya, sebab MLM telah banyak mengubah nasib orang yang miskin. Tetapi, kalau kita faham sebuah perniagaan, ada modalnya, ada turun naiknya. Kena ada strategi.

MLM sudah tepu?

Sampai satu ketika buat MLM jenama LuXXX selama 6 bulan, saya dah naik pangkat dan terima anugerah, namun, harap pangkat je besar, tapi masih kene cari orang lagi. Income pun masih ciput saja. Memang dah tanamkan buat MLM secara part-time, dapat RM900 pun ok kan? Berbeza dengan Vemma, tiada pangkat lagi income dah RM1800 (part time).

Masa itu, ramai cakap MLM dah tepu, dah abis ceruk kawan, jiran, saudara mara nak ajak join. Mana ada prospek lagi. Paling saya tak tahan dan akan saya kenang memori ini, kerana terlalu inginkan prospek, saya main redah saja ke meja makan, dan terus cerita tentang ’satu peluang yang bakal merubah nasib’. Apa hasilnya? bukan wang ringgit, tapi kena kutuk depan-depan. Prospek berpura-pura isi form, rupanya dia menulis ayat-ayat maki hamun dalam form tu. Sedih giler. Nak cari makan pun sampai macam ni sekali?

Biasa keluar lepas maghrib dan balik hampir nak subuh. Pelajaran macam mane? Pernah satu masa tidur di surau Petronas, tak silap saya mase tahun 2006. Surau petronas time tu tak kunci. Sekarang ni je dah kunci. Kalau tak senang sikit nak tido.

Oklah, semua ini kisah lama saya dalam MLM. Senang cakap suka dan duka dalam MLM yang lalu. MLM cara lama yang konvensional.

90% Pengedar MLM Gagal. KENAPA?

Sejak 2004 lagi saya sertai MLM yang konvensional (offline) atau senang cakap, MLM yang cari orang. Saya hidup di muka bumi ini memang ada kawan. Namun kalau semua kawan dah tak nak join, mcm mane nak buat MLM kan? lingkup..

Jadi, inilah analisis saya selama 6 tahun pengalaman di MLM kenapa orang gagal jugak dalam MLM:

  1. Tak faham konsep MLM. rata-rata nak masuk MLM sebab ada modal, dan tunggu duit masuk.
  2. Tak yakin pada diri sendiri, malah tak yakin pada company.
  3. Tidak tahu produk apa yang dijual. Tidak pernah jual barang, yang tahu jual orang.
  4. Pengaruh negatif dari luar. Kawan-kawan dan keluarga.
  5. Kene cari orang? Malas. Atau pun takde kawan.
  6. Terpaksa tipu kawan sendiri supaya kawan datang ke function.
  7. Terpaksa belanja makan kawan, supaya time tu upline datang sponsor si kawan tu.
  8. Keluar malam balik pagi. Ada meeting tengah2 malam.
  9. Nak cakap pun tak pandai.

10. Semua terjadi salahkan orang lain, bukan salahkan diri sendiri.

Inilah 10 punca yang popular orang gagal MLM. Namun, jika anda minat untuk sertai MLM, saya ada nasihat untuk anda:

  1. Sebelum join, pastikan anda faham dulu MLM tu bisnes apa.
  2. Jangan terburu-buru join tanpa usul periksa.
  3. Bertanya kepada yang berjaya, bukan bertanya pada yang gagal.
  4. Datang sendiri dan lihat HQ company MLM yg hendak diceburi.
  5. Tahu apakah produknya.
  6. Anda faham konsep sistemnya.

Dan, jika anda dah join MLM, nak tak nak, anda kena buat! Ikut cara mereka yang berjaya. Jangan dah join MLM, salahkan upline dan salahkan company. Keputusan untuk join MLM siapa yang buat? Anda bukan? Jadi, kejayaa itu siapa yang tentukan? sudah tentu anda juga..

Kalaulah, syarikat MLM yg anda salahkan, sudah pasti company itu tutup. Kalaulah upline yang anda salahkan, sudah tentu upline anda takkan berjaya.

Saya juga ada teringat kata Dr Azman Ching;

MLM tu tak salah, yang salah adalah orangnya!

saya harap, post saya yang tak seberapa ini dapat menjadikan panduan, kenapa kita perlu buat MLM dan kenapa orang gagal. Jadi, nak berjaya pasti ada caranya. Pergilah menuntut ilmu.

Selamat maju jaya, see u at top!

Source:  http://nasoha.com

1 Comments

  1. It seems u actually know plenty pertaining to this
    particular issue and it demonstrates as a result of this
    excellent blog post, termed “10 SEBAB KEGAGALAN
    ORANG BISNIS MLM Peter son of John’s Blog”. Regards -Etsuko

Tinggalkan komentar